Monday, 15 December 2014

10 VIDEO TECHNOLOGY AND INNOVASI

1) Bateri Air



2)Robot Manusia



3)Tutorial cara lipat baju dengan lebih baik



4) DIY Gifts idea



5) HOVERBIKE



6) DIY phone cases



7) Box from plastic bottle


8) Sock Toys




9) Arts and Craft 



10) Recycling unused items

Sunday, 14 December 2014

10 Bahan Bantu Mengajar bukan Elektronik

BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
Definisi :
Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar juga merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Kategori dan Pengelasan Bahan Bantu Mengajar :

  1. Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  2.  Bahan Bantu Mengajar Elektronik
  3. Bahan Bantu Mengajar Bercorak Pengalaman 


Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik :

             a)   Papan tulis atau Papan hitam


  • Bahan asas dalam pengajaran
  • Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran          ketika mengajar




             b)     Buku teks

  •       Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan      pengaran
  •      Digunakan secara meluas dan merupakan sumber      utama pengajaran dan latihan 
 



c           c)  Papan pamer



  •      Dikenali sebagai papan bulletin
  •       Sumber pengajaran yang produktif
  •      Dapat memperkenalkan idea baru, memberi             maklumat, memberi kefahaman,           memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar
     




d            d) Bahan Bacaa




   





  •      Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan  bukan buku

  •         Contohnya, seperti majalah, calendar, poskad, surat khabar,                    risalah atau bulletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan                        sebagainya.
  •         Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
  •        Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan            punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah




e          e) Gambar 




  •     Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah
  •        Ini akan menambahkan lagi kefahaman pelajar dan membuatkan suasana pembelajaran lebih menarik




            f)     Kad cantuman

  •     Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata
  •         Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
  •       Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah



                    G)  Carta

  •        Susunan maklumat yang sistematik
  •            Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah,Lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan
  •          Jenis carta yang digunakan seperti carta selak, pusing, aliran,graf, paid




h)        Grafik


  §  Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang      dapat memberi satu atau lebih keterangan visual
  §  Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan              pemahaman pelajarnya 
   








,i                     i)      Papan pengajaran


        §  Sesuai digunakan untuk mengajar secara               berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar
  §  Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar 







a                  j)      Model 



        §  Bahan gentian yang menyerupai bahan sebenar
  §  Bahan tiga dimensi (3D) yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi

Saturday, 13 December 2014

10 FOTO TEKNOLOGI DAN INNOVASI

1. MONOTRACER
Ia adalah gabungan di antara kereta dan motorsikal dan mempamerkan ciri-ciri tersebut dengan sempurnanya. The Monotracer ini dapat melindungi pemandu daripada hujan kerana mempunyai bumbung seperti kereta. Selain itu, The Monotracer ini juga mempunyai tayar yang diperbuat daripada getah yang terbaik dan mempunyai cengkaman yang kuat. Tidak mudah tergelincir dan haus. Ia boleh dipandu hingga mencapai kelajuan 150 km/h. The Monotracer ini juga dikenali sebagai “Mini Rocket” dan terdapat banyak warna yang menarik seperti merah jambu, biru laut, hitam, kelabu, hijau, kuning dan ungu.




2. The SmartWallit



The Smart Wallit ini akan dihubungkan pada iPhone atau Android Phone anda maka anda tidak perlu risau tentang kehilangan telefon pintar anda. The Smart Wallit ini berfungsi sebagai alat anti hilang atau “anti-lost” di mana ia akan dilekatkan pada dompet anda. Ia akan menghubungkan telefon pintar anda dengan menggunakan teknologi “bluetooth” , maka jika berlaku sesuatu terhadap telefon pintar anda the Smart Wallit akan mengingatkan anda di manakah keberadaan telefon pintar anda. Selain daripada itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi Smart Wallit ke dalam telefon pintar anda untuk merekod dompet anda. Jika anda kehilangan dompet, aplikasi ini akan mengesan keberadaan dompet anda. Ia akan memudahkan kehidupan kita dan kejadian kehilangan dompet di tempat awam mahupun di dalam rumah sendiri dapat dielakkan dengan menggunakan aplikasi Smart Wallit ini.
                                                                                                     







3.Breathometer


Anda tidak perlu lagi memandu dalam keadaan mabuk kerana telah terciptanya Breathometer. Ia dapat mengurangkan jumlah kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk adalah salah satu punca kemalangan jalan raya yang agak ketara. Breathometer adalah alat yang didatangi dengan aplikasi dalam telefon pintar anda yang menggantikan telefon pintar anda sebagai “breath analyser”. Anda juga boleh meletakkan Breathometer ini pada telefon pintar anda kerana anda boleh selalu memeriksa kandungan alcohol yang telah anda ambil semasa di dalam bar. Alat ini mudah dibawa ke mana sahaja kerana ia bersaiz kecil maka ia boleh dimuatkan ke dalam poket anda atau boleh dijadikan “keychain”. Anda sudah tiada apa alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk kerana telah terciptanya Breathometer ini. Dengan terciptanya Breathometer ini diharapkan kadar kemalangan di jalanraya dan korban nyawa dapat dikurangkan mahupun dihentikan. Bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan. 




4.SMART CYCLING HELMET



Ini adalah suatu contoh teknologi yang digunakan dalam bersukan iaitu “Smart Cycling Helmet” yang dapat menambah baikkan pengalaman anda dalam berbasikal. Berbasikal adalah seronok tetapi anda perlu ingat pemakaian topi keledar adalah untuk melindungi kepala anda daripada terjadinya kemalangan. Alat Smart Cycling Helmet ini telah disetkan dengan mempunyai pengesan kadar jantung di mana membolehkan anda untuk memantau sistem “cardiorespiratory”. Berbasikal dapat meningkatkan sistem “cardiorespiratory” anda. Jika anda sedang berbasikal, Smart Cycling Helmet ini akan menunjukkan masa yang tepat tentang kadar jantung anda. Dengan mengetahui kadar jantung ia dapat membantu anda untuk mengetahui tentang peringkat kecergasan anda



5.AFTER SHOKZ BLUEZ



 Mendengar muzik kegemaran anda dan sentiasa selamat dengan menggunakan alat After Shokz Bluez. Kebanyakkan orang yang berjoging memakai “earphones” tertutup maka mereka tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang berlaku di sekitar mereka. Akan tetapi alat ini akan memastikan anda dapat mendengar dengan jelas terhadap persekitaran anda walaupun anda sedang mendengar muzik. Anda akan menjadi lebih peka tentang persekitaran anda. Alat ini juga tersangat ringan dan tidak akan menggangu pergerakan anda ketika anda berjoging mahupun melakukan aktiviti memanaskan atau menyejukkan badan sebelum dan selepas berjoging.




6.PORTABLE SCOOTER








 Teknologi akan selalu berubah dari masa ke masa dan ia juga telah mengubah dengan pesatnya dalam sektor pengangkutan dalam pelbagai cara yang sangat kreatif. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang perniagaan dan orang yang suka mengembara, teknologi yang diciptakan oleh dunia kini adalah Portable Scooter. Alat ini boleh dilipatkan dan beratnya hanya 25kg. tambahan pula, kelajuan Portable Scooter ini dapat menjangkau sehingga 45km/h. ia adalah sangat berguna bagi orang yang bekerja dan tidak mempunyai banyak masa serta tidak suka terlibat dalam kesesakan lalu lintas di jalanraya. Anda boleh melipat dengan senangnya and boleh juga dimuatkan ke dalam kereta. Ia boleh digunakan di Bandar yang selalu terlibat dengan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk terutamanya pada waktu puncak. Dengan menggunakan alat ini ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan trafik.



7.ISTROLL KID



Para ibu akan menyukai teknologi ini kerana ia sangatlah berguna pada anak-anak mereka yang sedang membesar. Itu adalah pemegang iPad mahupun tablet yang telah diubahsuai ke atas kereta sorong bayi itu. Ia akan membuatkan anak-anak anda sibuk dan tertarik untuk melihat apa yang dipaparkan pada skrin iPd atau tablet tersebut. Menurut beberapa ibu bapa yang telah kami temuramah, anak-anak mereka gemar menggunakan iPad mahupun tablet kerana bentuknya yang menarik dan berskrin besar seperti buku dan juga mempunyai skrin sesentuh yang hebat. Mereka seronok melihat gambar-gambar dan bermain permainan yang mencabar minda. Alat iStroll Kid ini akan membenarkan anda untuk menghubungkan iPad mahupun tablet pada kereta sorong tersebut. Maka anak-anak anda dapat dihiburkan dengan pelbagai input yang menarik semasa anda berada di luar rumah. Alat ini akan membuatkan proses pembelajaran anak-anak anda akan lebih meluas. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. 



8. PATTERNED PAINT ROLLER





Bagi sesiapa yang berminat untuk menceriakan rumah anda tetapi tidak mempunyai idea mahupun bajet yang cukup, ini adalah salah satu alternative yang terhebat zaman kini untuk membuat kertas dinding tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Dengan harga serendah 15USD, anda semua boleh menghias seluruh rumah anda dengan menggunakan produk terbaru iaitu “Patterned Paint Roller”. Bayangkan betapa banyaknya duit yang akan dikeluarkan dan digunakan untuk membeli dan memasang kertas dinding di setiap ruang dan tempat dalam rumah anda. Alat ini didatangi dengan pelbagai bentuk dan corak seperti corak bunga, geometri, haiwan dan sebagainya. Anda juga boleh menempah corak tersebut. Maka anda boleh menghias seluruh sudut rumah anda dengan pelbagai corak yang unik dan menarik



9.SENSOR MIRROR
 


Wanita akan menghabiskan lebih banyak masa di hadapan cermin berbanding lelaki kerana rupa adalah yang paling penting bagi mereka. Jika mereka mempunyai rupa yang sempurna, mereka akan lebih yakin dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Jadi, Sensor Mirror adalah sangat ajaib kerana cahayanya akan memancar secara automatik ketika anda merapatkan wajah anda ke arah cermin. Alat ini menggunakan sepenuhnya kuasa cahaya matahari yang membolehkan anda melihat wajah anda dengan jelas. Walaupun wanita tidak gemar dalam dunia teknologi, akan tetapi cermin ini adalah tanpa wayar dan ia tidak memakan banyak ruang kerana ia hanya bersaiz agak kecil. Ia boleh diletakkan di mana-mana seperti di bilik air, bilik tidur mahupun meja bersolek anda.


10.PRISM-HOME HUB


Menjadi seorang yang pelupa adalah kelemahan manusia biasa yang akan mempengaruhi setiap orang yang sentiasa sibuk. Mereka biasanya akan terlupa untuk mengunci pintu atau terlupa untuk menutup suis lampu,kipas dan semua peralatan elektrik di rumah. Alat ini tersangatlah ringan dan senang untuk dikendalikan. Aplikasi Prism ini boleh dimuaturun di telefon pintar anda. Anda akan dapat mengawal kesemua peralatan elektrik dengan sebaiknya. Ia akan memberitahu jikalau anda tidak menutup atau menghidupkan sesuatu suiz itu jika diperlukan. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda terlupa untuk menutup suis kipas atau lampu yang mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada anda, keluarga dan rumah.